Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

MELBOURNE – DAY 1 – FLIGHT TO MELBOURNE

Untuk trip ni Kak Kiah beli tix awal setahun, yakni Nov last year dengan harga RM766. Murah kan? Time kasih Pak Tony! Flight pegi 13/11/2013 and balik 20/11/2013. About 7 days la total.

Preparation wise.. well nothing much kot. Macam biasa usha2 peta, plan itinerary n book hotels. Untuk tour package Kak Kiah tak book dulu sebab plan nak book masa kat sana je nanti. Pakaian pun biasa2 je sebab pegi end of spring kan so Kak Kiah expect cuaca idok ler sejok mana. Travel light je uols..

So hari yang dinanti2kan pun tiba akhirnya. Petang 13hb tu, Kak Kiah as usual balik awal sejam n siap2 untuk bertolak ke LCCT. My sis n mom pun follow gak sebab theyols nak ke KL. So Kak Kiah mintak sis drive sebab Kak Kiah langsung tak tido dari malam semalamnye. N lagi satu diorg leh jaga my Jamilah sepanjang ketiadaan Kak Kiah sebab nowadays ni macam tak komfiden lak nak parking kat LCCT tu. Banyak sangat kes keta kena pecah masuk or hilang.

Kami tiba di LCCT around 7.30pm. Flight Kak Kiah kul 10.30pm. So lepas drop luggage tu lepak2 dulu. Tengah2 minum baru teringat Kak Kiah tak activate ATM+. Kak Kiah dah la bawak cuma 850AUD. Macam tak cukup je kan.. Tapi lepas tu dok ghalit borak terus lupa ok..


Dalam kul 9 Kak Kiah pun babai2 la mak & kakak n terus masuk dalam. So far ok alhamdulillah takde masalah. 



Make sure isi declaration form ni dengan honest ok!
Dalam katebang Kak Kiah dok area2 belakang. Seat tu ok dah tapi manusia2 di sekeliling fuh bau punyelah menusuk idung! Busuk giler ok. Bau macam tak mandi seminggu. Rasa2 datang dari satu grup mamat2 Bangla ni. Pastu uncle Cina sebelah Kak Kiah pun mulut busuk. Adoi macam nak gile tahan idong sepanjang perjalanan. Sampai nak tido pun tak senang. Perjalanan dari LCCT ke Melbourne ni amek masa selama 8hrs. So memang hazab giler. Sebab takleh tido kan, akhirnya Kak Kiah main game Candy Crush. Dari level 350 sampai 383 sepanjang 8 jam tu. Terer tak? Hihi..

Akhirnya pukul 9.20am local time kami pun tiba di Tullamarine Airport (waktu cepat 2 jam dari waktu Malaysia). Alhamdulillah..

Welcome to Melbourne!! Yeehaaaa.. hehe syukurrrr...
Memula sampai ni agak cuak sebab teringat pasal orang kata kastam sini strict giler. Walopun tak bawak yang pelik2 tapi rasa cuak tu masih ada. Especially kita datang sorang2 kan.

Tulla Airport
Menuju ke bag claim
Masa check passport tu sangkut kejap sebab machine diorang takleh detect barcode passport baru Malaysia. But ok lah takde masalah. Then kita submit borang declaration tu. Alhamdulillah lepas takde masalah. Takde pun anjing2 beso datang ciom2 beg kita. Nasib baik la kot Kak Kiah masa ni.


Setel semua, terus keluar untuk cari Skybus nye terminal, located kat Terminal 1-3. Untuk ke Melbourne city kita naik la Skybus ni sampai ke Southern Cross station. Perjalanan dalam 20 mins. Harga tix 28AUD rtn (so make sure keep the tix untuk perjalanan balik nanti).

Kaunter Skybus. Located betul2 depan pintu International Arrivals. Beli tix pastu boleh terus naik bus.
Return tix
Inside the Skybus. Ada para untuk letak beg2 beso kita..
Antara yang first menarik perhatian.. truck BJ and the Bear hihi.. bagak kau...
Melbourne city dari kejauhan
Sampai je kat Southern Cross pegi kat kaunter Hotel Transfer lak. Skybus ni ada sediakan perkhidmatan shuttle bus free untuk ke hotel2. So just pegi kat kaunter and name your hotel n berapa orang. Nanti dia suruh tunggu kat tepi tu. Tak lama nanti driver akan panggil la ikut hotel sekian2 naik bas yang mana. Convenient sangat kan. Tak perlu serabut kepala mikir nak angkut beg naik turun train/tram.

Kaunter Hotel Transfer Service
Hotel Transfer shuttle bus. Tunggu kat sini je sebelum driver panggil.
Kak Kiah nye hotel namanya Space Hotel, located kat Russel St, depan Old Melbourne Gaol. Sampai hotel around 11am which takleh check in lagi sebab check in kul 2pm. Cuma kita simpan je luggage kat sini dulu. Diorang siap pasang tag kat luggage kita and then simpan dalam stor. Citer pasal hotel ni nanti story kat entry lain k.

Masa ni ada sorang lagi mamat Chinese dari KL yang sekali ngan Kak Kiah. Dia pun sorang gak. So lepas setel2 simpan luggage kami pun terus menapak nak meronda2 Melbourne. Dia ni nak buat paragliding. Pergh terer kan... huhuhu... Harga untuk paragliding tu mahal tau. Tapi kalo berduit apa salahnya kan.

Kak Kiah nye plan nak ke State Library (motif pegi library of all places kan? huhu).. Dekat je ngan hotel, jalan tak sampai 10 min pun. Since mamat Chinese tu nak ke Federation Square, kami pun berpisah la pastu.

So kita tengok apa yang best ada kat State Library ni... next entry please!  

Yorum Gönder

0 Yorumlar